Jumaat, 8 Mei 2009

APRIL (Dulu nama kucingku )

Tamat sudah bulan April 2009. Selain Wedding Anniversary dan kelahiran anak Sulung ku, bulan ini merupakan bulan yang penuh cabaran dan emosi bagi ku..

Suatu hari Pasu kesayanganku yang ku isi penuh dgn manik-manik indah jatuh berderai ….maka bertaburan manik-manik indah itu ... perlahan –lahan ku kutip serpihan itu dan mencantumkan nya kembali supaya menjadi seperti hari pertama ku melihat pasu itu … tapi … Walau bagaimana aku cuba mencantumkan ia, garis pecahan tetap jelas kelihatan ..

Manik – manik indah itu tidak ku kutip … Kata lah apa sahaja .. kerana aku sudah pasrah dan penat menangisi pasuku yang telah pecah … dan manik-manik indah itu sudah tidak sesuai dengan pasu yang retak ... manik-manik indah itu rupanya hanyalah sekadar hiasan sementara yang sudah pudar warnanya.


Biarlah masa yang menentukan ..untuk aku mengisi semula pasu yang retak dengan manik – manik indah yang baru … atau mungkin pasu itu akan dibiarkan kosong tanpa manik …. ?? atau mungkin pasu retak itu akan terjatuh sekali lagi ??

Kenkadang aku ingin tido dan mengharapkan keajaiban .. namun apabila ku terjaga ku lihat pasuku tetap retak ....




Selasa, 14 April 2009

Harapan

Tahun depan Kakak akan masuk Darjah 1. Maka akan bermulalah sejarah baru dalam kehidupannya.

Aku ada survey Sekolah-sekolah Intergarsi yang dikendalikan oleh pihak JAIS dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Menarik tapi bayarannya amatlah menarik juga.

Lalu aku bertanya pada diriku , apa yang aku nak anak aku dapat ? Ilmu agama dan ilmu duniawi supaya dia boleh mengharungi kehidupannya di dunia yang penuh mencabar sekarang. Aku tak punya harta yang berlipat ganda untuk ku tinggalkan kepada anak-anak ku . Yang kami mampu berikan adalah ilmu dan menjadi tanggungjawab yang diberikan oleh ALLAH untuk amanah yang dikurniakanNYA.

Aku tidak mahu bila nanti kelak ditanya oleh Malaikat, apa yang ko buat dengan duit yang bergunung-gunung itu? Maka jawablah lidah aku ini “ untuk makan Steamboat di Seoul Garden , untuk beli set sofa mewah”. Yang aku mahu, anak – anakku sentiasa mendoakan kesejahteraan kami setiap kali solat baik kami masih hidup ataupun tidak.

Sekolah Integrasi ini lebih menekankan soal Agama, lebih –lebih lagi Solat dan Bacaan Al-Quran sama seperti Kelas KAFA. Bezanya Kakak tidak perlu ada transit dan solat Zohor dan Asar pasti tidak di tinggalkan. Malah bacaan Iqra dan Tajwid dapat ditumpukan secara khusus kerana kanak-kanak di letakkan dalam kelompok yang kecil.

Aku jadi confuse dari segi kewangan. Apa yang akan terjadi jika Abang Ngah pun masuk sekolah dalam tempoh 2 tahun lagi? Mampukah kami mengendalikan sistem kewangan kami.

Di sebaliknya , punya masakah aku untuk mengajar anak-anakku hal-hal Agama tersebut sedangkan aku sendiri kenkadang alpha?

Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya…. Dan keputusan yang kami ambil adalah penentu langkah-langkah dia seterusnya.

Kata kakak “Besar nanti Kakak nak jadi Teacher”.. alhamdullillah .

Kata Abang Ngah “Abang Ngah besar nanti nak jadi Mak” … mmmm bukan Mak… abang Ngah kena jadi Bos ok !!

Ahad, 5 April 2009

Wedding Anniversary

6/4/2009 - My wedding anniversary yang ke 7. I'm still in the process of learning and knowing him. Like any other years, his handphone will bipping to remind him about it and the first thing he would do is to give me a kiss and a wish.

Last year, we took time off away from kids (thanks to my in law who volunteer to take care of them) to the cinema and had a Japanese Sushi .

This year... mmm but apa yang penting ... May our love be forever... Amin !!!

Jumaat, 27 Februari 2009

Anjakan Paradigma

Setelah aku buat kajian tentang kehidupan aku.. Maka aku boleh membuat kesimpulan bahawa aku amat berpuashati dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh NYA.

Selepas kawin Aku memula menyewa rumah di tingkat paling atas (Tingkat 5) ,kerana itu sahaja yang kemampuan kami. Masa tuh pulak tengah mengandung sulung. Hari-hari turun naik tangga, itu belum kira lagi dah sampai bawah barang pulak tertinggal.Selepas melahirkan 4 bulan,kami dihalau oleh Tuan rumah kerana kes jual rumah.Hanya diberi notis seminggu bayangkanlah dalam tempoh tersebut nak cari rumah baru dan pindah barang.

Rumah sewa kedua (Tingkat 1) pun kena naik tangga tapi tak ada lah banyak sangat anak tangga macam dulu. Agak lama jugak duduk rumah ini, iyalah sehingga abang Ngah dilahirkan . Kali nie sekali lagi kami dihalau kerana kes jual rumah. Nampaknya kemana sahaja kami duduk menyewa mesti rumah tuh laku untuk dijual. Mandrom Pelaris kuatlah katakan.Kami diberi notis 2 minggu sahaja untuk berpindah ke rumah kami yang belum siap.

Ogos 2007 kami berpindah ke rumah sendiri, sebuah rumah teres yang memang aku impikan . Sejak memula aku berkerja aku dah bertekad yang aku akan miliki sebuah rumah atas tanah suatu hari. Berkat kesabaran dan usaha, kami berjaya merealisasikan impian itu.
Ada pepatah pernah berkata " To achieve your dreams, you got to See it in your mind, You Got to Desire and you got to do it"

Kereta? Dari dulu sampai sekarang hanyalah Proton Iswara Aeroback ... mungkin ramai tak percaya.. tapi itulah realitinya. Bagi aku yang penting ialah rumah yang selamat untuk di diami dan sebuah kereta yang sihat dan boleh bawa kemana sahaja.

InsyaALLAH kalau rezeki ada berlebihan mungkin akan bertukar ke kereta yang lebih besar.. tapi buat masa ini biarlah dahulu.. "jangan besar kerak dari periuk"

Aku mula berkerja tetap dengan gaji RM 900.00 sebulan, malah aku hampir tidak meneruskan pekerjaan ku di Syarikat Bukan Bumiputra itu kerana aku tidak tahan akan bau makanan mereka dan satu tugasan yang aku berat hati untuk kupikul.Pada ketika itu ekonomi negara tengah meleset dan peluang untuk graduan tanpa pengalaman amat sukar mencari pekerjaan.
Di pujuk hati untuk bersabar.. dan akhirnya AKU pada hari ini adalah kurniaaNYA sebagai hadiah kesabaranku.

Jadi selepas diteliti aku nie memang tak boleh kaya sebab hutang tak abis bayar tapi walaupun tak sekaya Datin Rosmah atau Tun Mahatir, aku rasa aku bahagia. Kenkadang ada juga terlintas di fikiran, lenakah tido Datin Rosmah?

Isnin, 16 Februari 2009

Wanita Misteri

Kejadian Aneh berlaku..... Datuk Z berjaya menangkap imej "Wanita Misteri" yang menjadi igauan Datuk Z .. Sila lihat foto ini dan bukti kengeriaannya terserlah di wajah adik

SPIDERMAN OR SPENDERMAN ???

OFF Duty -->

Spiderman ...




The Assistant











Ahad, 15 Februari 2009

Ibu

Kegemaran aku ialah membaca masalah orang dalam akhbar tapi tak suka membaca jawapannya ...
tapi ari ahad lepas 15/2/2009.. aku tergerak hati untuk membaca jawapan pada satu permasalahan berkaitan IBU....

Jawapan dalam bentuk nasihat ini sesuai untuk diri aku sendiri dan semua orang yang kekadang alpha hal-hal berkaitan .. IBU

Antara kata-kata nasihat yang menarik :

" Anda baru menyayangi pasagan anda selama 6 -10 tahun, tapi sedar atau tidak bahawa ada orang yang telah menyanyangi pasangan anda sejak kecik sehingga anda menemuinya dan memiliki buah kesayangan dari pokok yang dijaga oleh Ibu kesayangannya."

Teringat aku akan satu kisah di alam nyata ini bahawa ada seorang IBU yang terlalu ingin menjaga hati anak kesayangannya sehingga hatinya sendiri terasa dan terluka..

"Pesanan orang tua, anak paling bertuah di dunia ini ialah anak yang diberi kesempatan menjaga orang tuanya, maka rebutlah peluang yang tidak diberikan ALLah kepada semua yang bernama anak . Anda harus melihat ibu mentua sebagai ibu anda sendiri kerana sumber utama kebahagiaan perkahwinan ialah doa restu ibu bapanya dan ibu bapa anda"

Bagi aku kisah seorang IBU itu jika difikirkan dan dikenang menjadi bahan lucu yang boleh diabaikan .. tapi tidak untuk seorang yang bernama IBU .. sehingga kini hatinya masih terguris bila terkenang akan peristiwa itu .

Maka benarlah Sabda Rasullullah s.a.w , Dan janganlah kau meninggi suara kepada ibumu walaupun "AH "

" Air susu ibu tidak mampu dibalas dengan apa-apa pun di dunia ini.Belajarlah memujuk hati,ikhlaskan diri dan jangan di simpan apa yang keluar dari mulut ibu dan ibu mentua "

" Yakinlah anda tidak akan bahagia dan tenang selagi anda tidak menyakini janji ALLAH yang MAHA Adil ,Hakim Yang Maha Bijak yang memasukkan seorang wanita ke syurga kerana menolong seekor anjing dan memasukkan seorang wanita yang lain ke neraka kerana menyeksa seekor kucing"

Dan aku juga seorang IBU ..............