Rabu, 24 Disember 2008

Tahun 2008

Wah sedar tak sedar kita akan melangkah ke Tahun 2009 dalam masa beberapa jam lagi.. Meh kita pandang balik apa yang telah kita lakukan dan usahakan untuk Tahun 2008. Jom..

Januari 2008 - Tak ingat apa kejadian

Februari 2008
12/2/2008 -Selamat melahirkan puteri bongsu Isma Insyirah

March 2008
- Berpantang

April 2008
- Berpantang selesai

Mei 2008
- Rasa pun beli meja makan yang baru.. selepas 6 tahun kahwin

Ogos 2008
- 4/8/2008 - Cukup setahun duduk kat rumah di Seksyen U10

September 2008
- 4/9/2008 - Abang Ngah kena jahit di dahi akibat terlanggar tangga
- 28/9/2008 - Abang Ngah masuk hospital sebab bronkitis


Oktober 2008
- Company trip ke Shanghai .. kira kira macam honeymoon lah

November 2008
- 4/11/2008 Concert kakak yang pertama. Lepas tuh makan kat Restoran Indonesia..Sedaapp.. Saje aje aku bawak makan situ khas untuk Bibik aku tuh ..


Disember 2008
- amat-amat sibuk dengan kerja sampai dah nak jadi weng
- 28/12/2008 - ke Johor Bahru... untuk makan otak -otak .. hhehehe ooppss.. ada kenduri kawin lerr sebenarnya.

Jumaat, 19 Disember 2008

Hari Raya Korban

Hari Raya korban tahun 20008 ini berlangsung di Johor. Kali nie sambutan memang agak luar biasa .

Awal pagi bangun..masa tuh hujan tengah lebat pulak.. Nak mandi sejuk.. so breakfast dulu dengan cekodok pisang.. Lepas tuh aku dan ipar-ipar ku mula start memasak makanan untuk Hari Raya.. yakni Daging Masak Lemak Cili Api dan Kari Ayam di makan dengan Nasi Putih..

Nasi Impit kakak ipar aku start masak seawal jam 7 pagi raya tuh.. so time boleh makannya jam 5 petang.

Dalam sejarah jugak aku mandi di pagi raya jam 1 tengahri dan langsung tidak memakai baju kurung. Tidokan Insyirah aku pun join tido sama sebab suasana sejuk mengalakkan aku tido..

Malam tuh kami balik ke Shah Alam semula .. Dalam perjalanan Si A (memang nama sebenar) berak.. tahan aje lah bau.. sebab nak sampai ke hentian Senawang punya lah teruk jem rasa macam 2 jam nak sampai ....

Lepas tuh baru lah ada udara nyaman sikit... ngantuk.. aku pun tido senyap senyap 1 round hehehhehehe...

Selasa, 11 November 2008

Rutin Hidupku .....

7.20 pagi - Berada di dalam kereta untuk ke Pejabat
6.00 ptg - 6.30 ptg - Berada di dalam kereta untuk balik
6.30 ptg - Berada di dapur untuk masak
7.30 mlm - Abis masak
7.50 - 8.30 malam - Acara makan bersama keluarga
9.00 mlm - Time minum susu Kakak & Abang Ngah
10.00 mlm - Baca buku cerita
10.30 - Tido sampai cerah

Inilah aktiviti hidupku .. Nampak boringkan.. tapi inilah realitinya.....

Adik



Insyirah berumur 8.5 bulan.

Kebolehan : Menjerit, Makan apa-apa aje

Kelemahan : Masih belum merangkak

Kat rumah sekarang kalau yang 2 tuh memekak dia pun nak join sama. Jadi kira-kira rumah itu hanya akan senyap jika 2 dari 3 orang ini tido...

Rutin biasa sebelum tido.. kul 9 malam Kakak kena minum susu kalau tak abislah tilam. Kul 10 malam kena arahkan pergi toilet dan kena bacakan buku cerita.. Lastly pastikan dia baca doa tido yang betul ..kata Kakak.. dia terkencing sebab tersilap baca doa tido... Lepas tuh Datuk Z akan pastikan dia dah tido .. pasal aku dah lama tido bersama adik. Abang Ngah?? Dia ngantuk dia masuk tido sendiri...... selagi tak ngantuk selagi tuh lah dia main.. main masak masak..... mmmmmm MY SON....

Isnin, 6 Oktober 2008

Syukur

Syukur..... semuanya dah kembali okey..

Adik Shira masih berselsema.... baby biasanya lambat nak recover.. bintat kat badan dia masih ada tapi kulit bahagian dada dah lembut sikit.... mungkin umur dia dah meningkat tuh sebab dah makin okey kot.. anyway saya akan cuba letak bedak sejuk pulak...

Abang Ngah? alhamdullilah.. Doaku di makbulkan.. Dia semakin sihat cuma sekarang kena monitor agar tak terkena lagi. Aku dah serik ... tengok dia kat hospital.

Selepas kejadian abang Ngah itu hari.. aku jadi fobia pulak nak tinggalkan anak-anak aku lelama nie.. sedangkan aku akan ke Shanghai China hujung bulan Oktober ini sempena company trip melawat kilang di sana.. selama 3 malam..

Nak dibatalkan dah tak boleh .. kalau tak kena bayar all the expenses .. nak tak nak teruskan aje... Aku hanya mampu berdoa agar tiada kejadian apa-apa berlaku pada anak-anakku nanti dan keluarga yang akan di tinggalkan. Mak aku yang akan menjaga diorang.

Adik Shira mesti merajuk dengan aku punya sebab dia masih menyusu ... and she will misses me the most..

Abang Ngah.. will miss my lengan yang kurus kering nie..

Kakak.. dia lagi suka ibu tak ada nak bebelkan dia... heheheh

Semoga ALLAH melindungi mereka dengan rahmatmu ........

Selasa, 23 September 2008

Room 204 - Peadiatric Ward

Rupanya demam abang Ngah memang serius. He was admitted on Sunday and until today he is still in the ward. Kami hampir kehilangan abg ngah if kami lambat.. sebab salur udara masuk telah dijangkiti bakteria/virus akan menutup salur pernafasannya... THIS IS VERY SERIOUS !!!..

As a mother I could not bare to see his suffering… menangis anak menangislah ibu…
Setiap solat ibu panjatkan doa semoga abang ngah cepat sembuh. Supaya adik shira pun cepat sembuh (adik shira pun tengah demam jugak).

But I have to be strong.. pesan mama
Banyakkan berdoa … pesan mak

Inilah dugaan Ramadhan terbesar untuk saya tempuhi..
I know my Datuk Z .. muka nampak calm but deep down inside.

Persiapan raya? Dah tak ada raya for me selagi abg Ngah and Adik Shirah tak sihat.
Tapi kesian kat Kakak.. dia nak kasut raya. I thought last Sunday nak beli but since on Sunday kami dah melepak kat ward so tak ada time nak tinjau. But dia tak minta lagi.. dia tahu keadaan adik - adik dia macamana.. even saya dah tanggungjawabkan dia to look after adik Shira at home.. Dia seorang anak yang baik.. cuma kekdg dia tak nak dengar cakap sikit.

Ya ALLAH !! Tolonglah hamba mu ini….berikan aku kekuatan untuk menghadapi semuanya AMIN !!…

Jumaat, 19 September 2008

So Sleepy

Today I am so so so so...sleepy..

Last nite tak berapa tido... coz abang ngah kept on crying sebab demam. Biasa lah budak kalau demam dia punya degree of mengada ngada to the maxima lah.. but this time lagi teruk sebab bila abg ngah stops crying.. adik syirah pulak sambung.. sampai time bangun untuk bersahur pulak hampir terbabas.

Time sahur pulak .. kakak buat hal.Actually from the time we took abg Ngah to the clinic. Dia saja buat cubaan menjolok tekak dia in order suruh muntah.. then she can see the doctor and makan ubat..( dia punya auta).. so time sahur tuh ntah mcmana jalan tak bukak mata langsung langgar dinding then menangis. I buat derk aje sebab nak kejar masa sahur yang tinggal berapa minit lagi and melayan abg ngah yang baru ada selera nak makan.

After sembahyang subuh, susukan adik and tertido.. hampir terbabas pergi kerja....
Tup tup memang terbabas tiba di office... lantak ler I'm the future MD in that company so what !!

Hari Raya Bakal Tiba

Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi... persiapan? Ala kadar sahaja.. yang penting sekali anak-anak semuanya dapat pakai baju baru dan kasut baru. Cuma baju adik Shira aje tak berapa ada. Harap harap Along dapat siapkan dress yang dijanjikan. Kalau tak ada tak apa lah.. sebab Along pun busy banyak tempahan dia kena siapkan. Adik pakailah apa-apa yang ada asalkan cun.

Biskut raya memang tak tempah pun. Saya memang tak berapa suka masak biskut biskut raya or kek sebab selalunya "fail".. Bebaru nie ada cuba buat kek coklat setelah lebih 10 tahun tak buat kek. Ingatkan sumpahan dulu dah hilang rupanya badinya masih melekat so.. kiranya tak menjadi jugak buat kek. Last last kasi kat Jaga Nepal separuh kek (siap topping lagi) yang selebihnya landing dalam tong sampah.

Mungkin biskut raya nak gi carik kat Giant..kata orang jenama Noraini's boleh tahan sedap.. kita cuba.

Anak-anak saya kurang gemar makan-makan benda benda mcm nie kecuali NASI PUTIH ... macamana pun memang carik nasik.. pagi nasi .. tengahari nasi .... pukul 4 nasi.. malam pun nasi. tapi badan tak lah macam sumo.. maintain macam badan I jugak hehehheh

Khamis, 18 September 2008

Sotong goreng yang senang di buat.... makanan favourite Kakak .
Nie saya taip untuk kali ketiga kalau tak jadik malas dah tengok gambo aje lah.

Langkah Pertama :

Kunyitkan sotong.Jangan taruk garam. Panaskan minyak dan goreng sotong. Tutup dengan tudung periuk.Air sotong akan keluar dengan sendirinya. Agak-agak dah masak kenyal kenyal, masukkan garam. Toskan kan lebihan air.

Sendiri Masak Sendiri Makan


Ayam Goreng Tomyam

Makan Di Dapur Sendiri


Potato Salad... cara buat pun senang.. my Datuk Z suka nie.





Baked bean. ...... pun sodap makan dengan roti









Nie my mum punya original recipe for Lamb BBQ.... sedap..










Birthday cake from SECRET RECIPE .. We usually have this kind of cake to celebrate birthdays.. beli banyak banyak but different flavour.

Anak - anak ku














My Shira

My baby Isma Insyirah binti Zulkornain.
Date of Birth ; 12/2/2008


Age : 1 day... masih merah and sembab belum hilang.

Oh no !! melalak dah... 2 months.


Di kenali sebagai "Minah Rambut Pacak"

Ibu doakan semoga adik cepat sihat ... dan biar cantik.

My Anak Teruna

Newborn Amirul Aiman bin Zulkornanin .
Date of Birth : 29/8/2006 ..... at 34 kgs.


At 4 months..... look at his hair..



At 1 years old


At age 2 years old.... suka menangis and cakap kuat kuat (bahasa org purba)










My First Daughter

Now... at age 5 ...



At age 3 years old.....................


At age 1 1/2 years old.
My name is Najihatul Najwa binti Zulkornain.
Date of birth : 20th April 2003



Rabu, 17 September 2008

Datuk Z

Datuk Z

Ada petunjuk.. ada petunjuk....
In case suamiku hilang ini lah tanda-tanda yang perlu kita perhatikan ketika proses mencari dia.





Me ... !!!

Gambar raya Tahun 2007 .. Tahun 2008 coming soon...

Nantikan kemunculan "diva" ini.. jeng jeng jeng

Spaghetti Siam

Semalam berbuka puasa try masak resepi baru yang diberikan oleh kawan... di sebabkan semua bahan memang dah tersedia ada dalam fridge apa lagi jalan lah projek..

Bahan-bahan :- (untuk 4 orang makan)

Bahan A :
Spaghetti setengah bungkus

Direbus bersama air dan sedikit minyak masak.
Bila lembut angkat dan toskan air.

Bahan B :
4 ulas bawang putih - di cincang
2 batang serai - hiris halus
daun ketumbar - hiris halus
5 - 7 ekor udang (ikut suka)
7 biji cili padi (kalau suka pedas tambah lagi) - di hiris
1/2 biji air perahan lemon
3 helai daun limau purut

Cara :

1) Tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi
2) Masukkan cili padi dan garam. Goreng sebentar.
3) Masukkan spaghetti , gaul bersama bahan tersebut sehingga rata.
4) Campakkan daun ketumbar dan daun limau purut.
5) Jangan lupa untuk campakkan udang sekali.
6) Rasa dan tambah garam jika tawar.
Goreng lagi sehingga semuanya sebati.
7) Akhir sekali masukkan air perahan lemon tadi.

Sorry lah semalam tak sempat ambik gambar.. dah licin pinggan. Maybe next time saya masukkan..

Selamat mencuba.