Jumaat, 27 Februari 2009

Anjakan Paradigma

Setelah aku buat kajian tentang kehidupan aku.. Maka aku boleh membuat kesimpulan bahawa aku amat berpuashati dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh NYA.

Selepas kawin Aku memula menyewa rumah di tingkat paling atas (Tingkat 5) ,kerana itu sahaja yang kemampuan kami. Masa tuh pulak tengah mengandung sulung. Hari-hari turun naik tangga, itu belum kira lagi dah sampai bawah barang pulak tertinggal.Selepas melahirkan 4 bulan,kami dihalau oleh Tuan rumah kerana kes jual rumah.Hanya diberi notis seminggu bayangkanlah dalam tempoh tersebut nak cari rumah baru dan pindah barang.

Rumah sewa kedua (Tingkat 1) pun kena naik tangga tapi tak ada lah banyak sangat anak tangga macam dulu. Agak lama jugak duduk rumah ini, iyalah sehingga abang Ngah dilahirkan . Kali nie sekali lagi kami dihalau kerana kes jual rumah. Nampaknya kemana sahaja kami duduk menyewa mesti rumah tuh laku untuk dijual. Mandrom Pelaris kuatlah katakan.Kami diberi notis 2 minggu sahaja untuk berpindah ke rumah kami yang belum siap.

Ogos 2007 kami berpindah ke rumah sendiri, sebuah rumah teres yang memang aku impikan . Sejak memula aku berkerja aku dah bertekad yang aku akan miliki sebuah rumah atas tanah suatu hari. Berkat kesabaran dan usaha, kami berjaya merealisasikan impian itu.
Ada pepatah pernah berkata " To achieve your dreams, you got to See it in your mind, You Got to Desire and you got to do it"

Kereta? Dari dulu sampai sekarang hanyalah Proton Iswara Aeroback ... mungkin ramai tak percaya.. tapi itulah realitinya. Bagi aku yang penting ialah rumah yang selamat untuk di diami dan sebuah kereta yang sihat dan boleh bawa kemana sahaja.

InsyaALLAH kalau rezeki ada berlebihan mungkin akan bertukar ke kereta yang lebih besar.. tapi buat masa ini biarlah dahulu.. "jangan besar kerak dari periuk"

Aku mula berkerja tetap dengan gaji RM 900.00 sebulan, malah aku hampir tidak meneruskan pekerjaan ku di Syarikat Bukan Bumiputra itu kerana aku tidak tahan akan bau makanan mereka dan satu tugasan yang aku berat hati untuk kupikul.Pada ketika itu ekonomi negara tengah meleset dan peluang untuk graduan tanpa pengalaman amat sukar mencari pekerjaan.
Di pujuk hati untuk bersabar.. dan akhirnya AKU pada hari ini adalah kurniaaNYA sebagai hadiah kesabaranku.

Jadi selepas diteliti aku nie memang tak boleh kaya sebab hutang tak abis bayar tapi walaupun tak sekaya Datin Rosmah atau Tun Mahatir, aku rasa aku bahagia. Kenkadang ada juga terlintas di fikiran, lenakah tido Datin Rosmah?

Isnin, 16 Februari 2009

Wanita Misteri

Kejadian Aneh berlaku..... Datuk Z berjaya menangkap imej "Wanita Misteri" yang menjadi igauan Datuk Z .. Sila lihat foto ini dan bukti kengeriaannya terserlah di wajah adik

SPIDERMAN OR SPENDERMAN ???

OFF Duty -->

Spiderman ...




The Assistant











Ahad, 15 Februari 2009

Ibu

Kegemaran aku ialah membaca masalah orang dalam akhbar tapi tak suka membaca jawapannya ...
tapi ari ahad lepas 15/2/2009.. aku tergerak hati untuk membaca jawapan pada satu permasalahan berkaitan IBU....

Jawapan dalam bentuk nasihat ini sesuai untuk diri aku sendiri dan semua orang yang kekadang alpha hal-hal berkaitan .. IBU

Antara kata-kata nasihat yang menarik :

" Anda baru menyayangi pasagan anda selama 6 -10 tahun, tapi sedar atau tidak bahawa ada orang yang telah menyanyangi pasangan anda sejak kecik sehingga anda menemuinya dan memiliki buah kesayangan dari pokok yang dijaga oleh Ibu kesayangannya."

Teringat aku akan satu kisah di alam nyata ini bahawa ada seorang IBU yang terlalu ingin menjaga hati anak kesayangannya sehingga hatinya sendiri terasa dan terluka..

"Pesanan orang tua, anak paling bertuah di dunia ini ialah anak yang diberi kesempatan menjaga orang tuanya, maka rebutlah peluang yang tidak diberikan ALLah kepada semua yang bernama anak . Anda harus melihat ibu mentua sebagai ibu anda sendiri kerana sumber utama kebahagiaan perkahwinan ialah doa restu ibu bapanya dan ibu bapa anda"

Bagi aku kisah seorang IBU itu jika difikirkan dan dikenang menjadi bahan lucu yang boleh diabaikan .. tapi tidak untuk seorang yang bernama IBU .. sehingga kini hatinya masih terguris bila terkenang akan peristiwa itu .

Maka benarlah Sabda Rasullullah s.a.w , Dan janganlah kau meninggi suara kepada ibumu walaupun "AH "

" Air susu ibu tidak mampu dibalas dengan apa-apa pun di dunia ini.Belajarlah memujuk hati,ikhlaskan diri dan jangan di simpan apa yang keluar dari mulut ibu dan ibu mentua "

" Yakinlah anda tidak akan bahagia dan tenang selagi anda tidak menyakini janji ALLAH yang MAHA Adil ,Hakim Yang Maha Bijak yang memasukkan seorang wanita ke syurga kerana menolong seekor anjing dan memasukkan seorang wanita yang lain ke neraka kerana menyeksa seekor kucing"

Dan aku juga seorang IBU ..............

12/2/2009


Genaplah setahun my little princess Insyirah tu.. dah ada gigi dan boleh berjalan 3-5 steps ..
Inigambar terbaru Insyirah. .. peminat nak tengok.

Hari birthday dia .. aku ambik half day..since nak lunch dengan adik dan mak aku.. Lepas tuh langsung mama tok belanja kek birthday .. KEK COKLAT PISANG. boleh tahan sedap.. So malam tuh after dinner (aku masak spagetik) ..buatlah nyanyi-nyanyi sikit.. letak dia atas meja supaya senang dia tiup.. tapi sebabkan excited sangat tengok lilin.. sampai tendang kek tuh.. maka nya melekatlah cream cake tuh di kakinya.. menangis pulak sebab geli....

Tiba-tiba tengah nak potong kek.. anak jiran aku memanggil nama Kakak !! kakak!! .. alamak! rupanya kakak pepandai aje jemput orang datang ke birthday party kecilan itu.. Naya sungguh!
so untuk tidak menghampakan peminat Insyirah aku kasik kek aje kat anak jiran tuh. Kus semangat !!!

Petang sabtu 14/2/2009.. aku beli sikit jajan dan masak nuggets .. kasi bebudak main depan rumah aku berpiknik.. belilah kek coklat satu.

Makanan apa yang dihidangkan tak penting.. yang penting mesti ada kek dan tiup lilin walau aku tahu itu budaya Yahudi .. tapi agaknya dah trend.. Tapi yang TERenting sekali anak-anak aku gumbira dan rasa mereka di sayangi.....

Ahad, 1 Februari 2009

Rantau Panjang

Namanya memang bersesuaian dengan lokasinya ... memang PANJANG jarak nak ke sana dari Kg Lak Lok .. dan bertambah panjang jem nak masuk ke Bandar Rantau Panjang.

Aku ke sana sebenarnya nak mencari almari idaman kalbu ku.. dah lama dah aku nak almari macam tuh since aku memula beli katil kawin aku.. cuma masa tuh ongkos tak cukup and rumah sendiri tak ada. tapi kalau beli dulu murah yang amat. Sekarang mak ooii MAHAL !! tapi sebab idaman kalbu punya pasal.. aku gagahkan jua.. asal aku puas hati .

Almari tuh yang aku suka berkonsepkan kayu cengal dan berlatar belakangkan cermin... nampak class dan tradisional..

Tak sabar aku nak susun cawan - cawan aku dalam almari tuh.... Katanya tiba bulan 3 .. Lamanya nak tunggu....

Sabaaarrr ... sabar...