Jumaat, 27 Februari 2009

Anjakan Paradigma

Setelah aku buat kajian tentang kehidupan aku.. Maka aku boleh membuat kesimpulan bahawa aku amat berpuashati dan bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh NYA.

Selepas kawin Aku memula menyewa rumah di tingkat paling atas (Tingkat 5) ,kerana itu sahaja yang kemampuan kami. Masa tuh pulak tengah mengandung sulung. Hari-hari turun naik tangga, itu belum kira lagi dah sampai bawah barang pulak tertinggal.Selepas melahirkan 4 bulan,kami dihalau oleh Tuan rumah kerana kes jual rumah.Hanya diberi notis seminggu bayangkanlah dalam tempoh tersebut nak cari rumah baru dan pindah barang.

Rumah sewa kedua (Tingkat 1) pun kena naik tangga tapi tak ada lah banyak sangat anak tangga macam dulu. Agak lama jugak duduk rumah ini, iyalah sehingga abang Ngah dilahirkan . Kali nie sekali lagi kami dihalau kerana kes jual rumah. Nampaknya kemana sahaja kami duduk menyewa mesti rumah tuh laku untuk dijual. Mandrom Pelaris kuatlah katakan.Kami diberi notis 2 minggu sahaja untuk berpindah ke rumah kami yang belum siap.

Ogos 2007 kami berpindah ke rumah sendiri, sebuah rumah teres yang memang aku impikan . Sejak memula aku berkerja aku dah bertekad yang aku akan miliki sebuah rumah atas tanah suatu hari. Berkat kesabaran dan usaha, kami berjaya merealisasikan impian itu.
Ada pepatah pernah berkata " To achieve your dreams, you got to See it in your mind, You Got to Desire and you got to do it"

Kereta? Dari dulu sampai sekarang hanyalah Proton Iswara Aeroback ... mungkin ramai tak percaya.. tapi itulah realitinya. Bagi aku yang penting ialah rumah yang selamat untuk di diami dan sebuah kereta yang sihat dan boleh bawa kemana sahaja.

InsyaALLAH kalau rezeki ada berlebihan mungkin akan bertukar ke kereta yang lebih besar.. tapi buat masa ini biarlah dahulu.. "jangan besar kerak dari periuk"

Aku mula berkerja tetap dengan gaji RM 900.00 sebulan, malah aku hampir tidak meneruskan pekerjaan ku di Syarikat Bukan Bumiputra itu kerana aku tidak tahan akan bau makanan mereka dan satu tugasan yang aku berat hati untuk kupikul.Pada ketika itu ekonomi negara tengah meleset dan peluang untuk graduan tanpa pengalaman amat sukar mencari pekerjaan.
Di pujuk hati untuk bersabar.. dan akhirnya AKU pada hari ini adalah kurniaaNYA sebagai hadiah kesabaranku.

Jadi selepas diteliti aku nie memang tak boleh kaya sebab hutang tak abis bayar tapi walaupun tak sekaya Datin Rosmah atau Tun Mahatir, aku rasa aku bahagia. Kenkadang ada juga terlintas di fikiran, lenakah tido Datin Rosmah?

Tiada ulasan: