Jumaat, 30 Januari 2009

Percutian di Kg Lak Lok Resort,Besut

Cuti Hari Raya Cina 2009 di sambut dengan percutian Keluarga di Kg Lak Lok Homestay & Spa .
Bertolak seawal 6.30 pagi pada Ahad 25/1/2009 . Target pagi itu adalah untuk makan breakfast kat Kemaman ... Nasi Dagang Kemaman yang boleh tahan sedap kat corner warung makan-makan selepas hentian teksi.

Lepas makan pagi yang hampir berat tuh.. terus bertolak naik ke Dungun. Tak singgah pun tempat Ayoh Su sebab dia dah balik ke Kelate.

Perjalanan di teruskan tanpa ada org nak berak ke KT. Singgah makan keropok lekor D007 .

Dah hampir kenyang teruskan lagi perjalanan ke Masjid Crystal (Tamadun Islam Wan Man ), tempat nie kena lalu Muzium Negeri . Punyalah ramai orang sembahyang termasuklah orang yang tengah posing ambik gambar.

Peringatan untuk semua kalau nak ke Masjid Crystal ini jangan pergi time cuti sekolah atau cuti am... sebab tersangat ramai orang.


(oppss.. ada termasuk dahi Datuk Z)

Dari Masjid Crystal kami bertolak ke Penarik melalui Batu Rakit .. Singgah di Penarik untuk makan Sotong Goreng (acara wajib bagi kami sekeluarga) .. tengah tengah syok makan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. terpaksalah angkut makanan bawak masuk kedai . Ingatkan terbantut selera .. rupanya siap mintak tambah lagi.

Dah dekat nak sampai ke Kg Lak Lok dah ... tapi kena singgah sebentar kat Jerteh EconJaya beli towel sebab pihak Pengurusan Resort telefon katanya tuala tidak disediakan.

Campur tolak campur tolak.. perjalanan dari Kelana Jaya ke Lak Lok ambil masa 12 jam .. for me okey lah sebab dapat makan pelbagai makanan Terengganu dan enjoy.

Malam baru jumpa nasi putih.. itu pun kira dah lambat sebab adik Insyirah dah mengamuk tak jumpa nasi .... Datuk Z order Belut Masak Padprik ... isinya lembut macam ikan keli.. aku pun dipaksa untuk cuba .. tapi for the second time maybe I would say no sebab masa makan terbayang macam makan ULAR ... eeeeeeeee geli.

Kakak makan aje sebab dia tak tahu rupa belut macamana.... dia ingat macam fish biasa...

Lepas makan balik terus tido........ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz