Ahad, 15 Februari 2009

12/2/2009


Genaplah setahun my little princess Insyirah tu.. dah ada gigi dan boleh berjalan 3-5 steps ..
Inigambar terbaru Insyirah. .. peminat nak tengok.

Hari birthday dia .. aku ambik half day..since nak lunch dengan adik dan mak aku.. Lepas tuh langsung mama tok belanja kek birthday .. KEK COKLAT PISANG. boleh tahan sedap.. So malam tuh after dinner (aku masak spagetik) ..buatlah nyanyi-nyanyi sikit.. letak dia atas meja supaya senang dia tiup.. tapi sebabkan excited sangat tengok lilin.. sampai tendang kek tuh.. maka nya melekatlah cream cake tuh di kakinya.. menangis pulak sebab geli....

Tiba-tiba tengah nak potong kek.. anak jiran aku memanggil nama Kakak !! kakak!! .. alamak! rupanya kakak pepandai aje jemput orang datang ke birthday party kecilan itu.. Naya sungguh!
so untuk tidak menghampakan peminat Insyirah aku kasik kek aje kat anak jiran tuh. Kus semangat !!!

Petang sabtu 14/2/2009.. aku beli sikit jajan dan masak nuggets .. kasi bebudak main depan rumah aku berpiknik.. belilah kek coklat satu.

Makanan apa yang dihidangkan tak penting.. yang penting mesti ada kek dan tiup lilin walau aku tahu itu budaya Yahudi .. tapi agaknya dah trend.. Tapi yang TERenting sekali anak-anak aku gumbira dan rasa mereka di sayangi.....

Ahad, 1 Februari 2009

Rantau Panjang

Namanya memang bersesuaian dengan lokasinya ... memang PANJANG jarak nak ke sana dari Kg Lak Lok .. dan bertambah panjang jem nak masuk ke Bandar Rantau Panjang.

Aku ke sana sebenarnya nak mencari almari idaman kalbu ku.. dah lama dah aku nak almari macam tuh since aku memula beli katil kawin aku.. cuma masa tuh ongkos tak cukup and rumah sendiri tak ada. tapi kalau beli dulu murah yang amat. Sekarang mak ooii MAHAL !! tapi sebab idaman kalbu punya pasal.. aku gagahkan jua.. asal aku puas hati .

Almari tuh yang aku suka berkonsepkan kayu cengal dan berlatar belakangkan cermin... nampak class dan tradisional..

Tak sabar aku nak susun cawan - cawan aku dalam almari tuh.... Katanya tiba bulan 3 .. Lamanya nak tunggu....

Sabaaarrr ... sabar...

Jumaat, 30 Januari 2009

Percutian di Kg Lak Lok Resort,Besut

Cuti Hari Raya Cina 2009 di sambut dengan percutian Keluarga di Kg Lak Lok Homestay & Spa .
Bertolak seawal 6.30 pagi pada Ahad 25/1/2009 . Target pagi itu adalah untuk makan breakfast kat Kemaman ... Nasi Dagang Kemaman yang boleh tahan sedap kat corner warung makan-makan selepas hentian teksi.

Lepas makan pagi yang hampir berat tuh.. terus bertolak naik ke Dungun. Tak singgah pun tempat Ayoh Su sebab dia dah balik ke Kelate.

Perjalanan di teruskan tanpa ada org nak berak ke KT. Singgah makan keropok lekor D007 .

Dah hampir kenyang teruskan lagi perjalanan ke Masjid Crystal (Tamadun Islam Wan Man ), tempat nie kena lalu Muzium Negeri . Punyalah ramai orang sembahyang termasuklah orang yang tengah posing ambik gambar.

Peringatan untuk semua kalau nak ke Masjid Crystal ini jangan pergi time cuti sekolah atau cuti am... sebab tersangat ramai orang.


(oppss.. ada termasuk dahi Datuk Z)

Dari Masjid Crystal kami bertolak ke Penarik melalui Batu Rakit .. Singgah di Penarik untuk makan Sotong Goreng (acara wajib bagi kami sekeluarga) .. tengah tengah syok makan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.. terpaksalah angkut makanan bawak masuk kedai . Ingatkan terbantut selera .. rupanya siap mintak tambah lagi.

Dah dekat nak sampai ke Kg Lak Lok dah ... tapi kena singgah sebentar kat Jerteh EconJaya beli towel sebab pihak Pengurusan Resort telefon katanya tuala tidak disediakan.

Campur tolak campur tolak.. perjalanan dari Kelana Jaya ke Lak Lok ambil masa 12 jam .. for me okey lah sebab dapat makan pelbagai makanan Terengganu dan enjoy.

Malam baru jumpa nasi putih.. itu pun kira dah lambat sebab adik Insyirah dah mengamuk tak jumpa nasi .... Datuk Z order Belut Masak Padprik ... isinya lembut macam ikan keli.. aku pun dipaksa untuk cuba .. tapi for the second time maybe I would say no sebab masa makan terbayang macam makan ULAR ... eeeeeeeee geli.

Kakak makan aje sebab dia tak tahu rupa belut macamana.... dia ingat macam fish biasa...

Lepas makan balik terus tido........ zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Rabu, 24 Disember 2008

Tahun 2008

Wah sedar tak sedar kita akan melangkah ke Tahun 2009 dalam masa beberapa jam lagi.. Meh kita pandang balik apa yang telah kita lakukan dan usahakan untuk Tahun 2008. Jom..

Januari 2008 - Tak ingat apa kejadian

Februari 2008
12/2/2008 -Selamat melahirkan puteri bongsu Isma Insyirah

March 2008
- Berpantang

April 2008
- Berpantang selesai

Mei 2008
- Rasa pun beli meja makan yang baru.. selepas 6 tahun kahwin

Ogos 2008
- 4/8/2008 - Cukup setahun duduk kat rumah di Seksyen U10

September 2008
- 4/9/2008 - Abang Ngah kena jahit di dahi akibat terlanggar tangga
- 28/9/2008 - Abang Ngah masuk hospital sebab bronkitis


Oktober 2008
- Company trip ke Shanghai .. kira kira macam honeymoon lah

November 2008
- 4/11/2008 Concert kakak yang pertama. Lepas tuh makan kat Restoran Indonesia..Sedaapp.. Saje aje aku bawak makan situ khas untuk Bibik aku tuh ..


Disember 2008
- amat-amat sibuk dengan kerja sampai dah nak jadi weng
- 28/12/2008 - ke Johor Bahru... untuk makan otak -otak .. hhehehe ooppss.. ada kenduri kawin lerr sebenarnya.

Jumaat, 19 Disember 2008

Hari Raya Korban

Hari Raya korban tahun 20008 ini berlangsung di Johor. Kali nie sambutan memang agak luar biasa .

Awal pagi bangun..masa tuh hujan tengah lebat pulak.. Nak mandi sejuk.. so breakfast dulu dengan cekodok pisang.. Lepas tuh aku dan ipar-ipar ku mula start memasak makanan untuk Hari Raya.. yakni Daging Masak Lemak Cili Api dan Kari Ayam di makan dengan Nasi Putih..

Nasi Impit kakak ipar aku start masak seawal jam 7 pagi raya tuh.. so time boleh makannya jam 5 petang.

Dalam sejarah jugak aku mandi di pagi raya jam 1 tengahri dan langsung tidak memakai baju kurung. Tidokan Insyirah aku pun join tido sama sebab suasana sejuk mengalakkan aku tido..

Malam tuh kami balik ke Shah Alam semula .. Dalam perjalanan Si A (memang nama sebenar) berak.. tahan aje lah bau.. sebab nak sampai ke hentian Senawang punya lah teruk jem rasa macam 2 jam nak sampai ....

Lepas tuh baru lah ada udara nyaman sikit... ngantuk.. aku pun tido senyap senyap 1 round hehehhehehe...

Selasa, 11 November 2008

Rutin Hidupku .....

7.20 pagi - Berada di dalam kereta untuk ke Pejabat
6.00 ptg - 6.30 ptg - Berada di dalam kereta untuk balik
6.30 ptg - Berada di dapur untuk masak
7.30 mlm - Abis masak
7.50 - 8.30 malam - Acara makan bersama keluarga
9.00 mlm - Time minum susu Kakak & Abang Ngah
10.00 mlm - Baca buku cerita
10.30 - Tido sampai cerah

Inilah aktiviti hidupku .. Nampak boringkan.. tapi inilah realitinya.....

Adik



Insyirah berumur 8.5 bulan.

Kebolehan : Menjerit, Makan apa-apa aje

Kelemahan : Masih belum merangkak

Kat rumah sekarang kalau yang 2 tuh memekak dia pun nak join sama. Jadi kira-kira rumah itu hanya akan senyap jika 2 dari 3 orang ini tido...

Rutin biasa sebelum tido.. kul 9 malam Kakak kena minum susu kalau tak abislah tilam. Kul 10 malam kena arahkan pergi toilet dan kena bacakan buku cerita.. Lastly pastikan dia baca doa tido yang betul ..kata Kakak.. dia terkencing sebab tersilap baca doa tido... Lepas tuh Datuk Z akan pastikan dia dah tido .. pasal aku dah lama tido bersama adik. Abang Ngah?? Dia ngantuk dia masuk tido sendiri...... selagi tak ngantuk selagi tuh lah dia main.. main masak masak..... mmmmmm MY SON....